Rabu, 27 Mac 2013

nak macam dulu, boleh?

ASSALAMUALAIKUM :) 

Hye kaum hawa dan adam yang cun, hencem, comel, kiut miut, comel. ehhh, comel dah sebut tadi ;) haha. oke, apa aku nak cerita hari nie? hmmmmmmm, rasa rasa lahh kan. perlu k aku update pasaii dia? hmmmmm *duk pikiq jap* oke, cerita jeeelllaaahhh kan. hehehe. nak tahu tak nak tahu tak? aku kan sibuk sangat sekarang. ceehhhh, tetiba bagitahu kan. haha. tapi serius ahhh, busy nak mampus! spm kay spm :) takda masa nak main main macam dulu lagiii. sodiyh *kesat air mata* kononnya lahh. oke oke, berbalik ke story mory aku nie, yang tak berapa nak sodapp. TAPI, aku nak korang semua dengar jugokk. tadah telinga oke. kalau tak, siap korang. aku pegi cincang 14 nanti. takut tak? HAHA *gelak langsuir* hambikk kau, langsuir terusss aku bagii. betapa aku nak buat korang takut. cehh, biar tak takut pon kan. :P dah dah laaaa, aku nak bercerita nihh. so, SHUT UP! dengar anok kama nok cerita nieehhh. hmmmmmm, *start story with ayat touching* haha. oke, adelahhh sorang mamat. tak mamat kot. aku malas nak bagitahu jantina dia. kang xpasai pasai dia duk sound sound aku. tapi, aku tak takut pon. bukannya aku nak burukkan dia pon haaa. aku rapat dengan dia since form 1 lagiii. masa sekolah rendah kami rapat camtuu jah. tapi, dah lama kenal lahh. sejak tadika lagii. yeaaahhh, lama kan? aku masa form 1 memang rapat gila ahhh. macam isi dengan kuku *siap bagi peribahasa lagii tu beb* memang rapat ahh *bukannya dah sebut tadii?* ahhh, lantaklahh. masa aku form 1, aku selalu share story dengan dia. nak tahu tak? aku duk cakap dengan dia kadang kadang sampai pukul 2 3 pagii. ohhhmaiiii, serious? yeaahhh, serious sangat sangat, dan dan awak ingat lagi tak yang kita berigakk *terkantoi* dengan mak saya yang kita cakap pagi pagi tuhh. HAHA, yeaahh, saya buat yang kita cakap sal pelajaran TAPI saya punyee tolol nak tipu tak pandai nie. ada k patut cakap sal pelajaran dalam pukul 2 pagi? lansung tak logik kan. haha *gelak jahat* awak sangat rapat kan dengan kaum kaum **** serious saya rindu thats moment. our sweet moment :) tapi sekarang dah buat hal masing masing kan kan. padahal satu sekolah. tapi, buat macam tak kenal. jalan selisih bahu pon kita buat bodoh kan. saya sebenarnya malu nak tegur awak. kalau awak tak layan macamna? kan saya dapat malu. rindduududuuu sangat sangat.




  ppppppsssssssssttttttt!!! adkah ini duckface? HAHA. takda kaitan. tengah kesumbatan :p


Terseliuh :(

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)


hye hye orang orang cun dan hensem. haaaaa, lama aku tak update belog nie.nak tahu kenapa? AKU SIBUKKKKKKKKKKKK LAAAA. errrr ==" tak dok masa. yelahhh, fight untuk SPM lorh. masa aku saNGAT sangat terhad. kelas tak putus putus. petang plok, latihan netball. yeahhh, mmg syioook ahh. dok letih mana pon :( *sape percaya? haha. minggu depan lepas cuti nie. lawan netball lerr. doakan eh, semoga sekolah aku menang *muka simpati* kesian kan. :P oke, dah dah. aku sebenarnya dah mengantuk. TAPI, aku nak update jugokkk. kesian kat pembaca blog aku nie. lama dah aku tak update. aku rasa aku update yang ntah apa apa. *baik kan aku, sanggup kut tahan mata nak siapkan cerita yang tak besstt nie* ehhh, nak tahu petua tak ngntuk? *laaahhh, petua pulokkk ko nak baggiii. aku macam nie lah, kuat sangat monolog dalaman. sampai aku masuk simpang yang pergiii ke simpang yang takddaaa langsung kaitan dengan apo aku nak cerita. EH, nak tahu ke tidoookk? aku tahu korang nak tahu kan? oke oke *senyum* kalau taknak ngantuk. try la cubit tangan tuhh sampai sakit. berdarah darah lagiii baguihh. haha. kalau tak jadi jugok, korang pergi ambik air berbaldi baldi. korang jiruuss jahh kat badan korang HAHA *gelak syaitan* KALAU TAK JADII JUGOKK? jeng jeng jeng *music saspen* & *muka cuak habisss* kalau tak boleh jugak kan. apa yang susah? TIDOQ JAH. hahaha. sungguh lawak kan? errr? syiokkk sendiri eh jue? nasib baik tepi aku ada ubat penenang sakit jiwa. haha. dah dah,

BACK TO THE STORY :)

tepuk tangan dulu!!!! *puppappuppap* (bunyi tepuk tangan) OKE, DAH HABISSS. sekian terima kasihh. 0.o kalau aku buat macam nie, korang marah dak? haha. mestiii a marah kan. aik? aku pulokk jawab. kalau tunggu korang jawab. pah cerohhh dok *ayat ganu* ceeehhh, berbangga tahu jadi orang ganu. bahasa unik mak :)  ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, aku nak bercerita nie. petang tadiii kan kan. aku pergi training netball. aku mmg takdaa mood arh nak main. masa lepas rehat tuhh, tcher suh aku masuk main dgn budak 15 tahun. aku jadi GA *pendek bukan sebarang pendek eh. haha. oke, masa mula mula oke lagi. masa nak ambik bola, aku lompat laaa. yelaaahh, aku nie tak cukup ketinggian. *harap faham* ==" masa nak ambik tuhh, budak nie langgar aku. aku landing tuhh, tal betul. apaaa lagiii, menari gangnam style laaa aku. ahahaha. *jangan percaya yang aku menari tuh* aku duduk laaa. tak bangun. sakittt oiiitttt. NISA datang kat aku and papah aku. syggg mg nisa ehh. thanks tolong. muaccch kali :* tcher dah risau. yelaahh, next week dah bertanding, haish, siap suh aku servis malam tu jugak kaki aku. haaaaa! nie lagii satu. sakittt yang teramat kena urut nie coz nak betulkan urat aku yang terseliuh uh. saaaakkkkiiitttttt :(




Ahad, 17 Mac 2013

majlis perpisahan cikgu ABU

ASSALAMUALAIKUM :) hye comel dan hencem


huuuuuwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! cg Abu dah pindah *lap air mata and hingus yang kuar masuk dari tadii lagii. *DOUBLE ee DOUBLE uu, pengotor sioooot* taknak kawan. huh! taknak kawan sudah. aku ada lagiii Aaron aziz, hairul azreen, emma maembong and nelyda sendrose. heeee~ jelez lettew. ahhh, tak perlu jelez korang ah. aku tahu memaang korang tak percaya kat aku pon kan :( sape nak kawan dengan kau jue? *sedihhh. nak ngadu kat mak!! haha. budakbudak. maklum sajalah. eh, mengata diri sendiri nampak? penumbuk nak? aikkkk! kenapa dengan aku nie? bermonolog yang tak berpihak pada aku. haish ==" takleh jadi nieeee. haaaaa, NAMPAK? aku duk koyakoya sorang sorang. 360 darjah lariii daripada tajuk kau weehhh semek. oke oke, back to the story :) *maniskn muka. oke, sebenarnya petang tadi ada majlis untuk perpisahan cikgu Abu. woooow! meriah majlis nie. maklumlah, budakbudak lelaki sayangkan cikgu Abu. kau jue? *soklan maut nie, tak pasaii pasai aku mati awal. aku mestilah sayang juga ==" best tahu bila dia ada. macammacam aktiviti dia jalankan. cehhh, skema parokk buad ayat. kalau majlis perpisahan, confirm ada bagi hadiah n salam salam kan. time bagi hadiah tuhhh. pergghhh! lagu sediyh siooott. HAHA. nasib baik tak meleleh leleh je air mata masa tu *sampai macam tu k?. cikgu ABU memang sporting laaa. memang terbaikk laaa cg Abu. woooaaat! nanti, confirm rindu cikgu :( sop sop. *nangis

haaaaa, meeehhh nak tunjuk gambar cg abu. curi dalam fb. HAHAHA*gelak jahat.


gambar nie masa lawatan ke gua. aku pon ada. masa f3. besssttt gilllla tahu. :)

Kuih baulu, bunga selasih,
Sekian dulu, terima kasih XD

Sabtu, 16 Mac 2013

edit mengedit :)

ASSALMUALIKUM

HYE semua :) nampak tak gambar kita gerak gerak ;) HAHA. ayat macam budak kecik *menyampah. hurm, aku buat nie baru je :) hehe. mentang mentang baru download yang tempat edit edit nie. ceehhhh, terus kau try kan? ==" best laaa buat semua nie. tak caya? buat laa *kepok pale baru tahu nak caya cakap aku :P.




Khamis, 14 Mac 2013

sayang dia :)

ASSALAMUALAIKUM :) hai everyone


hye hye sumua :) apa khabar. aku happy sangat sangat. heee~ tapi, tak semestinya orang happy nie takda masalah kan ;) haaaa! harinie aku nak bagitahu apa yang aku happy sangat sangat. weee :3  *eh eh, aku rasa aku skema je ==" haha. yeaahh, skema sangat :P (muntah) dah dah, aku kalau start keluar tajuk lain. sampai esok esok esok tak habisss habisss. heyheyhey! pandang skrin lppy nie. baca sampai habiiisss *muka marah. oke, boleh bayang? haha. aku marah k tak sama je. semua orang tak takut ==" sediyh *lap air mata, hingus keluar. HAHA. macam budak budak. oke, back to story. aku happy sangat sangat hari nie *aku rasa dah ulang tadi. ahhh, lantak ahh. huhu. aku happy sangat coz blog aku nie dah jadi macam blog yg aku idam idamkn :) yang best lagggii. kawan aku yang tlg buat. ape?? jeles ==" oke, tlglah jeles. HAHA. cunggg kan blog aku. TERIMA KASIH NUR QAREENA IBRAHIM lebiu <3 <3 naahhhh! cium banyok :* :*

Rabu, 13 Mac 2013

kucing *meow meow

Assalamualaikum :)

Ehem ehem. sape dah bosan dengan aku haa? angkat kaki please! haha. kesian lop. takpayah laa. aku gurau ajaaa. hurm, aku buat tajuk pasai kucing plok hari nie. apa kena mengena dengan kucing pulok? nak tahu, baca sampai habis nehh. ceeehhh, membebel panjang aku. kesian kan orang yang duk baca nie. takpa takpa, sabar ye. sabar kan separuh daripada iman. heeee. *kononya. ;) nahhh, kiss sikit :*

oke, aku memang suka kucing sangat sangat sangat sangat sangat. berapa banyak sangat kau nak tunjuk semek? takpala, aku nak tunjuk yang aku suka sangat kat kucing. bukan sebab nak buat jadi pakwe. hang ingat kucing tuu manusia. cubit hidung kang. *eh? tak penah dengor orang nak cubit hidung :). dah dah, aku nak sambung cerita balik. melalut je keje :3 kisah kucing bermula apabila aku mengada ngada nak bela kucing. seee, ngada ngada kan aku. siap merenget lagi ngan mak nak bela kucing. balik sekolah tu, aku terus ajak mak p kedai pegi cari sangkar kucing ==' masa tu pulak mak aku cakap ' tak yah beli lagiii laaa. biar abah yang beli ' haish mak, main main nampok *dalam hati. haha. aku nak sangat kan. adik aku yang bngsu pon ada time tuu. aku pon hasut laa dia, kan aku nak sangat. tak nak ah tunjuk nak sangat. nti mak aku cakap macam budak budak ;) adik aku pon mengamuk la. aku dalam hati dah suka sangat sangat. mak dah macam nak beli. pastu, tetiba dia nak pergi kedai satu lagii. aku pon naik kete n pegi laa. last2, kedai tu tak buka. jadah haram betul lllaaa. mak aku pon malas dah nak pegi kedai yaanng aku pegi awal2 tadii. terus dia balik. aku pon nak nangis dah nie. tahan jue tahan :( aku pon cakap kat mak ' mak macam saja je tak nak beli, macam dah tahu kedai tu tutup ' mak aku balas ' mana mak tahu, biasa bukak' aku pon masam je muka. *jahat kan aku. kononya laaaa. aku tahan punye tahan. mak aku perasan jugak weeehhh. nama pon anak dia, mesti nampak perubahan aku. dia pon cakap ' ngajuk lahh tuu, rupe rupenya dia yang lebih ' aku pon pandang luar tingkap je. mak aku cakap ' nangis laaa tu ' hey mak. tahu mana, ARRRGGHHH! memalukan. besar besar nangis lagiii. haha. aku balas ' mana ada, tahu mana gok orang nok nangis. macam mok nmpok' last2, air mata aku kuar. haha. sampai tuu. terus aku masuk rumah n naik atas. ahaha. bertapa laa konon. :P

TAK SAMPAI BEBERAPA MINIT

Ira (adik bongsu aku) : kak jue, mak panggil.
Aku : nak nape?
Ira : mak ajok pegi beli sangkar kucing :)
Aku : yedop? *dalam hati ase happy sangat sangat, nak melompat kat situu juga ase. haha
Mak : jueee!! nak pegi tak nie. *bergegar rumah aku tahu. oke yang tuu aku tipu je :P
Aku : yeyeye. nak turun laaaa nie. sabar jap

aku pon siap siap laaa. hehe. yelahh, aku nak sangat kan. masa aku turun tuhh. adik aku ain tuu pulak yang buat DRAMA. sakit perut, susah nak jalan. haish, banyak betul dugaan nye ye. sabar je. aku pon pegi anta adik aku pegi klinik. aku n mak aku laaa + adik aku yang bngsu tuu sorng. lepas tu aku duk msg kawan aku yang nak bagi kucing tuuu.

aku : salam, ain aku nak pegi beli sangkar dulu, lepas tu aku pegi ambik. *bersinar sinar mata
ain : owh, oke. tapi kucing tu dari semalam laggii takdok. aku try cari dulu yee :) *muka bagi aku harapan
aku : *hilang sikit gembira aku tuhh :( owh, oke oke. cari laaa dulu
ain : mg tak yah beli lagii laa sangkar tu
aku : hurm, oke *lap air mata (gurau, aku tak nangis pon. masuk habuk HAHA)
ain : juee! xdok laa. hurm ada orang ambik rasanya.
aku : owh, takpalah.
ain : sorry :(
aku : takpa takpa

lepas mak aku sudah check adik aku tuu, dia masuk kereta. aku pon cakap yang kucing tu hilang. mak aku pon potpetpotpetpotpet dah sebab tak dengar cakap dia yang tak yah beli tadiiiii :( patut laaahhh kan masa aku nak beli tuu macam macam yang halang, rupenya kucing tu takda. haish, mujo tak beli lagi. takda rezeki :) sodiyh plok. sape nak bagi kucing? :) *muka simpati





aku yang pakai tudung kuning tuhh :) nie kucing ain juga. tapi yang nie JANTAN. dia nak bagi tu betina. warna putih. comel gilaaakkk :)

naaahhh neeena! nak sangat suruh aku siapkan post post yang draft tu. haha. baca jangan tak baca. enjoy enjoy lahhh yee :)

Jumaat, 8 Mac 2013

Seminar Fizik Syookkk :P

Assalamualaikum :)

apa khabar semua? hehe. moga moga sihat sihat selalu lah yew. eh, kt kg kita ada jom heboh. mai laa join. ngeh ngeh. eleyh, setakat tu pun kau sibuk nak heboh? laaa, kan dia cakap 'jom heboh' aku hebohkan la. haha. sakai betul. ary khamis baru baru nie ada seminar fizik, cg from SMK Tai. best cg tuu. seriously, tolong laah percaya *muka sediyh. haha. kekoyaan terserlah gitu. :P orang pnggil dia SIr Mat :) hencem orangnya. nak tengok lettuw. sory, telefon tidak dibenarkan bawa ke sekolah ==' sodih den degornya. hehe. takpala, korang imagine je macam apa korang nak. macam Shah rukh khan ka, Aaron aziz ka and sapa sapa laaa nah. *await hang tibatiba duk cakap pinang ni? ''sajesaje'' bahasa satu Malaysia kan :) promote lebih. takda isu politik disini *harap maklum

meh aku nak sambung story. kelas tuu start pukul 2 ptg, lepas solat zohor, kami makan makan kejap and dah siap siap nak pergi makmal fizik. *padahal aku tak siap siap pun lagi, kul 2 lbih dah masa tu HAHA. jahat kan aku? aish, aku baik :) muka koya jew kan. taklaa, cg semart takdaa lagi masa tu. aku duk laa dalam kelas dulu. masa aku pergi tuu, kawan aku duk potpetpotpet dengan orang. bila sampai di koridor tu, Nor *kawan aku. dia letak buku buku atas tu. tetiba dia sendiri terlanggar buku dia. apaaa lagi, jatuh la buku tu. mujur buku. kalau laa buku tu hidup. kompem susah nak pujuk, taknak terus bagi ilmu kang, haha. boleh pikir macam tuu. aku pun pergi laa dengan dia p ambik buku tuhh. masa naik tu, kami pun terus masuk kelas, cg semart kami pun sampai. mula mula berdebar ea, muka dia pun macam garang. dalam hati *haish, kalau muka garang macam nie. tanya aku soklan fizik, aku takleyh jawab jerkah laa nie. hati mula gelisah daah. bila soklan yang pertama, dia dah tunjuk taring. TAPI, bukan garang. BUT very very funny. woooww! best gila. dia buat kami semua tak mengantuk. haha. tapi, dia pun buat kami faham. ish, best siot dapat cg semart tu. masa belajar tuu kan. sempat lagi dia loya buruk. HAHA. best siot a. adala budak lelaki cakap tak percaya coz dia cakap dia dah ada cucu. ehh? tak percaya langsung. dia pun tunjuk bukti. beri kad pengenalan dia. whhooot! kami pun tengok. Smart ahhh. * tolong ahh caya. :) pastu nor pun cakap semart cikgu. pastu dia balas "memang kat sekolah anak anak murid cikgu pnggil cikgu "SIRMAT". hahaha. pandai betul dia buat lawak.

antara ayat yang dia guna masa dalam kelas tuhh :
  1. sape ketua? orang pun cakap ah, ketua xdok coz main bola sepak. dia balas "semua ketua kan? means, semua akan KE TUA. *tua laaa. lau tak faham, taktahu ahh
  2. berat 66 *orang ganu. dia cakap petani. coz 66 tu kan nak dekat je macam kita sebut nanam. so, menanan petani la. *pandai je dia reka
  3. nak tengok bengkok tak yah g bangkok
haaa, nie aku paling suka! nak minum air jangan minum dalam KOLE menggunakan straw coz nanti jadi KOLESTRAW *KOLESTROL ;)

haha. dah dah. dia aku punye. ehh? lebih lebih pulok. sian isteri dia kt umah. haha. *jokes oke. k laahh. sampai sini jew potpetpotpet aku hari nie. babai. mekasih sebab sudi baca belog ambe :)

Selasa, 5 Mac 2013

KOMESTIK? :3

Assalamualaikum WRT and hello everyone :)

Hye semua. :) hopefully, u are happy with my blog. ceehhh, siap speaking lagi. ntoh betuii k tidokkk. kalau tak betul, senyap senyap sudah ;) *kenyit mata sikit haha. oke, nak cerita betul betul nie. nak masuk bab tajuk tuhh. nampak tak kat atas tu? KOSMESTIK. apa tu kosmestik? haaaa, nie laaa aku duk sebut kat sekolah tadi. aku nak sebut kosmetik a.k.a cosmetic, tersebut kosmestik. haha. apa laaa ==" eh eh, aku suk taip nie pun tersalah taip tahu. tapi, aku padam dah laaa. malu malu. 

nie perbualan aku sebenarnya yang aku tersebut perkataan yang memalukan aku tu :)

jue : eh, camna ar nak hilangkan daki yang susah nak buang tu? *perempuan katakan, hal hal perempuan :)
neena : sepupu neena ada jual. tapi mahalla.
jue : owh, berapa eh? jue nak la
neena : mahal. dalam RM100 lebih.
husnina : haaa, yelah. mahal sikit. tapi ada yang kecik. taktahu laa brapa harganya :)
jue : owhhh
jue: dah neena tanyalah harga yang kecik tu.
neena : oke oke 
 .............................................................................................................................................................

selang beberapa saat. ceeehhh, banyak betul ceritnya. :P harap tak mengantuk. aku simbah sebaldi air kang! senyum dan terus baca. haha PROMOTE lebih. kononya

neena : jue, nk tahu dok? sepupu neena yang jual tu. BF dia keje kat kilang kosmetik. kalau dia nak beli barang kosmetik apa apa. mesti BF dia cakap 'hor, takpe takpe, dah beli'
jue : wooooOOO! bestnya. nak gok arh. tapi nok pemilik kilang komestik tuh. haha. lagi best
neena : O.o. 

tak lama tuh ' HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA'

neena : weehhh weeehh *memanggil kawan kawan aku yang duduk berkumpul dekat aku juga
lain lain : nape nape?
neena : try sebut 'KOSMETIK'
lain lain : KOSMETIK!
neena : hahaha. nak tahu jue sebut KOMESTIK! 
lain lain : HAHAHAHA
Nor : hahaha. hok nie sokmo cacat sebut nape nape.
jue : jahat! *blushing


begitu laaa kisah aku. sedih kang? aikk, tetiba sedih. haha. malu weehhh! malu malu malu. haha. gila betul!

Isnin, 4 Mac 2013

10 perkara yang kita buat dulu dulu ^_*

Assalamualaikum semua :)

bersama dengan aku lagi. :) kalau dah bosan, takyah baca. sihat sihat tak semua nie? aku harap sihat sihat laa yee. haaa! aku nak kongsi la perkara yang pernah kita duk buat dulu dulu. tapi, taktahu la kita semua sama k tidokk. okey. aku bagi sepuluh okeyh :)

  • Cuba makan macam kucing *kononya lawa laa makan macam kucing tuu, skali kena cubit di mak kat punggung baru duduk elok elok. HAHA
  • berjalan jalan sambil cuba elak garis garis di atas lantai, jalan n kat mana mana laa *kalau terkena, kompem akan patah balik. 
  • haaaa! nie aku selalu buat masa kecik kecik. sekarang pun ada. HAHA. tutup pintu peti sejuk perlahan lahan sebab nok tengok lampu peti sejuk terpadam dengan perlahan lahan. *lepas tu duk sengih sorang sorang. GILA
  • berebut rebut nak tekan butang lif *nie biasa aku dengan kembar aku laa. masa kecik kecik selalu gaduh. haha. sekarang, ayah dan mak yang tekan. masing masing malas. 
  • tekan pen yang ada 3 warna serentak. *sekarang pun aku duk buat. haha :P
  • makan doh yang mak nak buat kuih *masa nak raya biasa makan laaah. time tu kan sibuk buat biskut raya
  • cakap dengan kipas nak buat suara macam robot kononya 
  • duduk atas kusi yang susun tinggi tinggi *sampai sekarang aku duk buat :)
  • keluar main tak kira perempuan ke lelaki. berkawan semuanya. main pun tak kisah main macam lelaki atau macam perempuan. *nasib tak tertukar jantina. haha. naya naya
  • makan nasi beramai ramai. bawa bekal n air kat satu kawasan n makan beramai ramai. *syok time nieh broooo. rindu deehhh



tapi, ada setengah tu dah takda sekarang. masing masing dah besar. kadang tu, berubah 360 darjah. kononya dah dewasa tak main macam tu dah. hampehh

Sabtu, 2 Mac 2013

Kedai arena :*

Assalamualaikum :)

 

hye hye awok awok yang cun lagi hencem. apa khabar? moga sihat sihat selalu :) ambe disini Alhamdulillah sihat, dan tetap gila gila. haha. ek? boleh gitu. bolehla.

Haaaa! nie aku nak cerita laa sikit. buat aku panas nieyh! khamis malam jumaat, aku dengan family pergi bandar. aku pergi PSI dulu coz nak beli buku latihan. aku pergi dengan kakak aku. ayah aku duk lam kereta tunggu kami. Mak abang and adik pergi ARENA sebab nak pergi cari seluar katanya. so, selepas aku siap beli buku aku pun naik kereta dan pergi laa dengan kereta kat sana. sepatutnya kejap je sampai. tapi, disebabkan jalan jam, lambat gila. huh! aku paling benci bila jam jam nie. aku malas beratur panjang panjang macam tuhhh. macam mana laa aku bila dah keje? nak nak kalau aku keje kat bandar besar yang jalan selalu sibuk. Ahhhhh! aku takleyh bayang sihh. kompem aku bosan bosan bosan dan bosan. eh, apasal melalut nie? meh sambung balik. oke, sampai tuh. siap parking kereta, aku dan kakak aku pergi masuk kedai Arena tuh. ramai gila orang. aku kan dah cakap, aku tak suka serabut serabut. aku pun nak kuar balik. masa jalan nak kuar tuh. ada laa mamat tu yang nak capai bola kat atas. tapi dia taksampai mana. terjtuh dan tak sempat dia sambut. maka, terkena laa kt badan aku. WOOOOi! sakit gila weehhh. dahla bola tu keras macam batu! kalau lembut macam teedy bear takpa laa jugak. sakit tahu. dia mintak maaf, aku pun senyum jela *fake smile. tapi, takkan aku nak marah marah. aku perempuan beb! jaga adat. ngeh ngeh ngeh. kononya!

oke, dah habis aku potpetpotpetpotpet. :)



Jumaat, 1 Mac 2013

Zaman kecik kecik

Assalamualaikum semua :)

hye pembaca pembaca belog aku :) apa khabar? baik kan mood aku. HAHA. tetiba, takda kaitan pun. jue, apasal tiap kali nak bercerita. hang duk melalut tah lain? ==" memang aku macam nie kan. hehe. TERIMA SEADANYA. ehhh ehh? hurm, zaman kecik kecik kan. Bagi aku la, zaman kecik kecik dulu best sangat. happy happy jew, main sampai tak ingat dunia, keluar pagi balik petang. haha. dan macam macam lagilah perangai yang nakal. korang pun sama kan? haha. jangan nak kata dak la. :) memandangkan aku nie kembar, so Allah bagi aku special laa. hehe. dahla kembar lelaki. orang selalu tak percaya aku kembar. haish, tak nampak aku macam kembar k? takpalah, kenyataan aku memang kembar. Ramai makcik makcik cakap susah nak cari kembar lelaki perempua ( sepasan ) ek? yeke makcik? yalahhh tuh kan makcik. bangga pulak ada kembar lelaki. muaahh sikit :*. haha. jap, aku nak tunjuk something!! teruja, ingin tahu? hehe *aku rasa sama je maksud dua tuh. haha. nahhh!!


gambar aku masa kecik bersama kembar aku. maaf ye, gambar kabur.
hurm, cooommeell je aku dengan kembar aku kan. ececece! puji diri sendiri.
haaahaaa. takleyh blah. mak aku cakap. dulu masa aku kecik kecik,
aku suka gaduh dengan JAZLAN nie. haha. gigit la. haaa! mak aku cakap, aku memang suka gigit orang. hahaha. kesian orang yang pernah kena gigit tu. ayah aku pulak cakap yang kerusi kayu kat rumah huduh sebab aku yang gigit. HAHA. haapee laa perangai kau nie jue. habis semua kau nak gigit. :) sekarang aku dah besar, tak macam tu dahla. aku baik baik saja. hahaha. aku ingat lagi masa kecik kecik dulu. aku masa tu tadika lagi. aku niasa tido gak la dengan kembar aku nie. kecik lagi time tu oke. dia tu penakut. kalau tengah tengah malam dia nak kencing, dia kejutkan aku. haha. penakut betul kan. dan dulu, aku yang suka buli dia. kepok pale dia, buat dia nangis and yang penting. dulu aku tinggi daripada dia. haha. sekarang, aku kurang tinggi. hehe. Naaa! pernah main lawan tangan tu tak. alaaaaa, buat buat tahu la ye. :) kalau aku main dengan kembar aku tu. aku sokmo menang. dia sokmo kalah. sekarang tak dah, dia makin kuat. haha.















Harap enjoy baca nie ye. :) best sebenarnya bila ingat balik kisah kita masa kecik kecik ;) tak caya, try la imbas balik. huhu. k baibai